Monday, July 13, 2015

Biskut Coklat M&M



Bahan-bahannya:

1 cawan butter 
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 biji telur (dipukul)
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam halus
chocolate chip
coklat masakan (diparut)
M&M untuk hiasan

Cara-caranya:

1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonat & garam dalam satu bekas,gaulkan sebati dan biarkan seketika.
2. Pukul butter, gula halus & gula perang sampai gebu & sebati. (Dalam mixer)
3. Masukkan telur & esen vanilla.
4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga sebati.
5. Bila adunan tepung dah sebati, masukkan chocolate chip & coklat yang diparut. Gaulkan sebati guna senduk.
6. Bila dah selesai, sudukan adunan kecik kecik dalam loyang. Pastikan loyang dah dialas dengan baking paper supaya biskut tak melekat kat loyang.
7. Hias dengan M&M
8. Bakar 170 darjah celcius (10minit).

No comments:

Post a Comment